Allah is the answer to emptiness, struggles, hopelessness and fear

Thursday 19 January 2017

Malaikat Pencabut Nyawa (surah An-Nazi'at)

Bisirril Fatihah 🌹

🌸🍁🌸🍁🌸🍁🌸🍁🌸

☁ *Surah Al-Nazi’at*☁

🍃Bermaksud para malaikat yang mencabut
🍃Surah ke-79
🍃Terdiri daripada 46 ayat
🍃Diturunkan di Makkah (Makkiyyah)

___

Ayat 1 hingga ayat 14 dalam surah Al-Nazi’at ini mengisah tentang _penegasan hari kebangkitan kepada orang musyrik yang mengingkari-Nya_.

🌸🍁🌸🍁🌸🍁🌸🍁🌸

🍃☁🍃☁🍃☁🍃☁🍃

 وَالنّٰزِعٰتِ غَرْقًا

" _Demi ( makhluk² ) yang mencabut ( apa yang ditugaskan mencabutnya ) dengan cara yang sekasar - kasarnya_ "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 1🍂

 وَالنّٰشِطٰتِ نَشْطًا
" Dan yang menarik ( apa yang ditugaskan menariknya ) dengan cara yang selembut - lembutnya "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 2 🍂

 وَالسّٰبِحٰتِ سَبْحًا
" Dan demi ( makhluk² ) yang cergas bergerak ( menerima perintah ) dengan gerak yang secergas - cergasnya "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 3 🍂

 فَالسّٰبِقٰتِ سَبْقًا
" Lalu masing² berlumba - lumba dahulu - mendahului ( menjalankan tugasnya ) dengan cara yang sesungguh -sungguhnya "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 4 🍂

 فَالْمُدَبِّرٰتِ أَمْرًا

" Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya ( sumpah demi sumpah . sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat ) ! "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 5 🍂

 يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ

" Pada masa berlakunya " tiupan sangkakala yang pertama " yang menggoncangkan alam ( sehingga mati segala yang bernyawa dan punah - ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan ) "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 6 🍂


 تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ

" Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua , ( yang menyebabkan orang² yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing² ) "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 7 🍂

.
 قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ
" Hati ( manusia ) pada hari itu berdebar - debar takut "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 8 🍂


 أَبْصٰرُهَا خٰشِعَةٌ
" Pemandangannya tunduk gerun "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 9 🍂

 يَقُولُونَ أَءِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِى الْحَافِرَةِ

"Mereka ( yang ingkar ) berkata : " Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu ? "


🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 10 🍂

 أَءِذَا كُنَّا عِظٰمًا نَّخِرَةً
" Bolehkah ( dihidupkan semula ) sesudah kita menjadi tulang yang reput ? "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 11 🍂

 قَالُوا تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ

" Mereka berkata lagi ( secara mengejek : " Kalaulah berlaku ) yang demikian , sudah tentu kembalinya kita ( hidup semula ) itu satu perkara yang merugikan ! "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 12 🍂

 فَإِنَّمَا هِىَ زَجْرَةٌ وٰحِدَةٌ

" ( Menghidupkan semula tidaklah sukar ) , kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan ( yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua ) "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 13 🍂

 فَإِذَا هُمْ بِالسَّاهِرَةِ

" Yang menyebabkan mereka dengan serta - merta berada di muka bumi yang putih rata "

🍂 Surah AnNazi'at : Ayat 14 🍂

🍃☁🍃☁🍃☁🍃☁🍃

Ibn Abbas menjelaskan bahawa surah ini diturunkan oleh Allah bagi menggambarkan peranan malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa manusia apabila sampai ajalnya. 🍃

Pandangan ini merupakan tafsiran kebanyakan para mufasirin seperti Masruq, Said Bin Jubair, Abu Salih, Abu Al-Duha & al-Suddi seperti yang dikemukakan oleh Ibn Jarir dalam tafsirnya 👤📚

Penggunaan *kata kerja* dalam ayat ini menunjukkan kepada penguasaan malaikat maut ke atas seseorang yang berada di ambang kematian. Kata kerja itu merujuk kepada melakukan sesuatu dengan cara lemah lembut & ringan 🌸

*Kata nama* pula dalam bahasa Arab membawa makna cergas. Kesimpulannya sifat malaikat yang mencabut nyawa manusia kategori yang kedua ini melakukannya dengan cara yang menyenangkan 🤗

Malaikat itu sendiri melakukannya dengan cergas disebabkan keseronokannya bertemu dengan manusia itu 👤

Jelas kepada kita perbezaan perlakuan malaikat terhadap dua jenis manusia iaitu yang pertama melakukannya dengan *bengis* dan *keras* berbanding yang kedua melakukannya dengan *keseronokan*.🍃

Dari sini kita dapat memahami bahawa kedudukan manusia sudah mula berbeza seawal detik pengambilan nyawa sama ada yang diambil dengan lemah lembut & simpati dan seorang lagi yang diambil tanpa kasih sayang seperti satu rentapan yang amat menyakitkan 👥

Ayat 3-5 pula menerangkan tentang kepantasan malaikat & kekemasan kerja yang mereka lakukan dengan ketetapan daripada Allah S.W.T. ✨


📣 *_Sangkakala_*📣

Ayat ke-6 hingga ke-14 pula menerangkan tentang peristiwa hari kiamat yang dimulakan dengan tiupan angin sangkakala sebanyak dua kali diikuti goncangan yang berlaku di alam ini 🌬🌎

Ayat ke-8 menunjukkan ketakutan yang menimpa manusia. Kata nama (وَاجِفَةٌ) ini mengandungi makna yang sama dengan kata nama (خٰشِعَةٌ) yang bererti ketakutan 🍂

Demikian yang dinyatakan oleh Mujahid & Qatadah. Menurut pandangannya, golongan yang ingkar akan tunduk ke bawah lantaran ketakutan & kebimbangan yang menghantuinya 💔

👥 *_Kebangkitan Kembali_*👥

Ayat ke-10 merupakan suatu _”flashback”_  terhadap perbuatan mempertikaikan hari kiamat yang pernah diungkapkan oleh kaum Musyrikin. 🍂

Penggunaan kata nama _nakirah_ dalam ayat berikutnya adalah bertujuan menghina Nabi S.A.W. & umat Islam 🔥

Golongan Quraisy yang memusuhi Nabi menggunakan akal mereka yang dangkal bagi mempersoalkan apakah manusia akan dibangkitkan kembali selepas jasad mereka menjadi hancur & usang? 🤔🍃

👥 *_Kebangkitan Kembali_*👥

Ayat ke-10 merupakan suatu _”flashback”_  terhadap perbuatan mempertikaikan hari kiamat yang pernah diungkapkan oleh kaum Musyrikin. 🍂

Penggunaan kata nama _nakirah_ dalam ayat berikutnya adalah bertujuan menghina Nabi S.A.W. & umat Islam 🔥

Golongan Quraisy yang memusuhi Nabi menggunakan akal mereka yang dangkal bagi mempersoalkan apakah manusia akan dibangkitkan kembali selepas jasad mereka menjadi hancur & usang? 🤔🍃

Ibn Abbas menjelaskan maksud _nakirah_ itu adalah rapuh & berbau. Manakala Muhammad bin Kaab al-Qurazi dalam mentafsirkan ayat ke-12 menyatakan ayat itu sebagai suatu sindiran terhadap kebenaran berlakunya kiamat 🗣

🔥🗣🔥🗣🔥🗣🔥🗣🔥

 Mereka mengatakan maksudnya:

_”(Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan.”_

[Maksud ayat ke-12]

🔥🗣🔥🗣🔥🗣🔥🗣🔥

Ayat ke-13 & 14 menjelaskan bahawa kekuasaan Allah untuk mengembalikan kejadian adalah sangat mudah iaitu dengan sekali tiupan sahaja manusia akan dibangunkan secara serentak. 📣👥

🍃🌎🍃🌎🍃🌎🍃🌎🍃

Ayat ini mempunyai kesamaan dengan ayat yang ke-104 daripada surah al-Anbiya’ apabila Allah menjelaskan tentang kekuasaan-Nya menjadikan semula alam ini selepas kemusnahannya:

_”(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan, sebagaimana Kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.”

🍃🌎🍃🌎🍃🌎🍃🌎🍃

Hari akhirat akan bermula apabila Allah memerintahkan malaikat Israfil untuk meniup trompet kebangkitan 📣

Lalu semua manusia yang pernah hidup sejak dari zaman Nabi Adam A.S. hinggalah manusia yang paling akhir berdiri berbaris di hadapan-Nya untuk menantikan perhitungan ⚖🔨

🍃☁🍃☁🍃☁🍃☁🍃

Dalam surah al-Qamar ayat ke-50, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

_”Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendak) hanyalah  satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.”_

🍃☁🍃☁🍃☁🍃☁🍃

Ayat ke-14 ini menerangkan bahawa manusia yang telah mati akan serta merta hidup kembali di permukaan bumi.

_”Al-Shahirah”_ dalam tafsirnya merujuk kepada ¬_’atas permukaan bumi’_. Manusia yang telah ditimbus dalam tanah begitu lama tiba-tiba mendapati dirinya berdiri tegak dalam kejadian yang sempurna selepas beberapa lama menjadi debu & tulang yang usang 👥


Sekian sahaja perkongsian ini ❤

Semoga perkongsian kita ini terselit ibrah buat kita semua dan jadikan teladan untuk kita sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada. 

Moga sentiasa berada dalam jagaan-Nya. 💞

Kita akhiri pada dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr'  💖

❤Allahumma Solli Ala' Sayyidina Muhammad, Wa'ala Aalihi  Sayyidina Muhammad ❤

Moga bermanfaat. ❤

📚Source; Ustaz Dr Hj. Zahazan Mohamed